Akan Terbit…

Posted by admin on July 17th, 2009

Dengan NamaMU Aku Hidup: ASMAUL HUSNA

Karya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Bicara Buku Sukses

Posted by admin on July 13th, 2009

Barisan panelis, dari kiri Ust. Zamri Ikim.fm, Sdr Ann Wan Seng, Dr. Dzulkifly Ahmad (MP Kuala Selangor) dan Hj Annual Bakri Haron

Barisan panelis, dari kiri Ust. Zamri Ikim.fm, Sdr Ann Wan Seng, Dr. Dzulkifly Ahmad (MP Kuala Selangor) dan Hj Annual Bakri Haron.

Apa yang dirancang berjalan dengan baik. Sambutan amat luar biasa dari biasa, kata urusetia Pesta buku Bangi. Pesta buku ini yang berlangsung sehingga 15 Julai 2009. Anda yang masih belum hadir masih sempat berbuat demikian untuk memiliki ilmu-ilmu yang tertinggal dari pelbagai penerbit.

Setiap ruang dipenuhi

Setiap ruang dipenuhi

Hj. Annual Bakri menerima cenderahati daripada penaung Pesta Buku Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar yang juga ADUN Bangi

Hj. Annual Bakri menerima cenderahati daripada penaung Pesta Buku Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar yang juga ADUN Bangi.

Rakaman BICARA BUKU bersama ikim.fm

Posted by admin on July 9th, 2009

Para pencinta buku khususnya mereka yang berada di sekitar Bangi berpeluang mengikuti program bicara buku yang mengulas buku tulisan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof, 11 Julai esok.

Buku bertajuk “Wajah Baru Politik Malaysia” itu akan diulas Ahli Parlimen Kuala Selangor , Dr Dzulkifly Ahmad; Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Annual Bakri Haron; dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) yang juga seorang penulis prolifik, Ann Wan Seng.

Juruhebah radio IKIM.fm, Ustaz Zamri Zainal Abidin bertindak sebagai moderator.

Program yang berlangsung pada jam 5.00 petang bertempat di Kompleks PKNS Bangi itu dianjurkan Kemilau Publika Sdn. Bhd..

Selain menganggotai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid juga ialah Ahli Parlimen Parit Buntar dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.

“Wajah Baru Politik Malaysia” adalah kompilasi penulisan, kenyataan akhbar dan thesis ilmiah beliau yang banyak menyentuh tentang aspek hubungan antara kaum dan pembinaan negara bangsa sepanjang menjawat Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional.- tajdid _

kini kami bernama kemilau publika sdn bhd

Posted by admin on July 6th, 2009

Assalamu alaikum,

Pengedar dan pelanggan yang kami hargai,

Mulai Julai 2009 Anbakri Publika Sdn Bhd akan bertukar kepada Kemilau Publika Sdn Bhd. Pihak pengurusan masih kekal sama seperti dahulu. Mudah-mudah semua yang terlibat berurusan bersama kami dapat memberikan kerjasama  yang baik seperti dahulu.

Semoga kita bermanfaat berkekalan,

sekian, terima kasih

Pesta Buku Jakarta 09

Posted by admin on July 2nd, 2009

Sudah Terbit!

Posted by admin on June 24th, 2009

Dapatkannya di pasaran sekarang!

1>> KISAH DARI RASULULLAH: Isinya dikutip secara terpilih justeru mengambilnya langsung dari lisan Nabi SAW – menjadikan buku ini tidak lagi bertaraf biasa. Jauh dari bercirikan sebuah antologi cerpen, ia (buku ini) membakar kasturi lampau dari himbauan kisah-kisah “live” yang semerbak sejak dari awal. Lebih luar biasa apabila ia diceritakan sendiri oleh Rasulullah SAW dan ditukangi sendiri kerja-kerja awal kelahirannya oleh seorang ulama’ tersohor bernama Ishak Bin Baharom.

RM13.90 / 111 halaman

2>> SOAL JAWAB ISU-ISU MENCABAR: Buku ini memuatkan pelbagai esei yang berupa pernyataan pendirian yang bersandar. Ia adalah himpunan pelbagai sikap dua orang ulama’ tersohor iaitu al-Fadhil al-Ustaz Abdul Ghani Shamsudin selaku bekas yang di Pertua Persatuan ulama’ Malaysia dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan. Ia berada dalam keadaan terpimpin sepenuhnya.

RM23.00 / 330 halaman

Tundukkan Hati; Edisi Kemaskini Sudah Terbit

Posted by admin on June 16th, 2009

        Tundukkan Hati. Buku yang cuba membelek keikhlasan kita, sebenarnya cuba menyemak kesan terhadap hati daripada segala aktiviti perhambaan. Alhamdulillah. Kesan daripada sambutan terhadapnya yang telah melepasi garis biasa mendesak kami untuk segera menerbitkannya dalam nafas yang lebih segar. Lazimnya, pokok yang dipupuk semula, digembur dan dibajai akan lebih redup naungannya. Ia akan menerbitkan buah yang lebih ranum untuk dikupas dan dinikmati. Demikian jualah dengan versi Tundukkan Hati yang kami kemaskinikan buat kali kedua. Insya-Allah, ia tegar tunduk. Namun, ia masih tetap merendah untuk meramahi penikmatnya.
         Bagaimana untuk menjadi bijaksana? Jawapannya, kita mesti menjadi manusia yang zuhud untuk menjadi bijaksana. Orang yang zuhud akan sentiasa merasakan bahawa dunia ini cepat hilang, punah, hancur dan akan berkurangan. Allah SWT telah berfirman dalam surah al-A’la ayat 70 yang bermaksud: “…Dan akhirat adalah lebih baik dan kekal.”
        Malah, nasihat Nabi Isa AS kepada sahabat-sahabatnya:
 “Masuklah ke dalam dunia, tetapi jangan engkau menyibukkan diri di dalamnya.”
        Abu Hurairah RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
 ”Kekayaan tidak dinilai daripada banyaknya harta, tetapi kekayaan jiwa.”
        Orang yang kaya jiwa lebih tenang hidupnya kerana taqarrub mereka kepada Allah SWT. Mereka menumpahkan perhatian untuk memburu bekalan akhirat. Seperti orang lain, mereka juga menjalani kehidupan yang normal, namun apa yang membezakan mereka adalah tingkat keimanan yang sangat utuh. Mereka memilih untuk mencintai akhirat berbanding dunia. Lantaran itu, Rasulullah SAW memandang mereka sebagai ‘orang kaya’ walaupun mereka ini tidak mempunyai jumlah harta yang melimpah ruah. Ingat atau zikir kepada Allah SWT penting mendidik peribadi Muslim. Mengingati Allah SWT memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Dengan zikir manusia akan mengenal Allah SWT, mengenal diri dan mengakui kelemahannya. Selain itu, mengingati Allah SWT juga akan melahirkan keyakinan bahawa ketaatan yang dilakukannya adalah kurniaan Allah SWT. Kesannya, sifat ujub, bangga diri dan sebagainya dapat dihindari. Ayuh! Pupuklah cinta kepada akhirat!

Judul: Tundukkan Hati
Karya: Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Halaman: 157
Harga: S/M: RM15.00
            S/S:RM18.00

Sudah Terbit Di Pasaran!

Posted by admin on May 19th, 2009

        Dia adalah lahar panas dari letupan gunung berapi. Bersamanya ada bahang, magma, baja dan geliga. Dia lambang ketabahan. Dia menjadi simbol bergerak sebuah perjuangan Islam terkini- menentang kemungkaran dan ketidakadilan di Malaysia. Kami berpuas hati untuk mengangkat sebuah cakaran seputar kemelut politik di negeri bijih yang sangat unik ini. Kerana ia mungkin dicetuskan oleh seekor raksasa di Putrajaya.
        Buku ini merekodkan sebuah perjalanan sejarah yang cukup mahal. Ia membawa catatan perkhabaran tentang pengkhianatan demokrasi yg cukup ’real’ oleh para elit dan pemain kuasa di Ipoh dan Putrajaya. Kami rasa cukup terpanggil untuk mendaftar nama dan setiap gerak dari tindak aksi mereka untuk simpanan dan kajian buat generasi Malaysia yang akan datang.
        Jiwa adalah rumah kita. Mata adalah jendela kita. Seluruh anggota menjadi pesuruhnya. Dan, hati jualah yang mampu menanggapi keruh jernihnya sebuah kejadian samada ia adalah tuah atau tragedi. Ya Allah. Jadikanlah kami dikalangan orang-orang yang tidak mudah lupa.

Penulis: Wan Ji Wan Husin & Saifulamri M. Hussain
Pandang Sisi oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Harga SM: RM 15.00
          S/S: RM 18.00

Sudah Terbit Di Pasaran!

Posted by admin on May 19th, 2009

        Dalam politik yang dinamik, proses artikulasi amat penting digalakkan. Ini bukan soal banyak atau tidaknya serangan ke atas peribadi. Jika mengurangkan hentaman peribadi itu akan menjadikan demokrasi lebih bersih, lebih baik dan lebih berakhlak, maka barangkali ini boleh diterima. Walauapapun proses ini hampir menjadi wajib dalam setiap proses demokrasi yang ingin dipulihkan.
        Selain itu, kita bukan sahaja ingin melihat proses integrasi tetapi proses disintegrasi juga boleh berlaku. Proses integrasi akan berlaku apabila kaum-kaum lain masuk ke dalam sistem pemikiran politik Melayu manakala kemungkinan berlaku proses disintegrasi iaitu kaum Melayu keluar daripada proses tersebut.
        Sesungguhnya, sebuah ‘perayaan demokrasi’ yang jauhari lagi budiman, yang menjauhi politik songsang amat dinantikan. Kita perlu kembali kepada tamadun yang sangat ajaib dan luar biasa.
Buku ini mengajak pembaca merenung Wajah baru politik Malaysia yang seakan meledak keluar dari budayanya yang tersesat sekian lama. Tiada siapa perlu buktikan, tetapi keadaan masa ini yang membuktinya.

Penulis: Dr. Mujahid Yusof Rawa
Halaman: 230
Harga: RM15.00

Buku Baru!>>>Kesan Dosa Dalam Hidup

Posted by admin on May 6th, 2009

Photobucket

        Hati adalah kerajaan di dalam tubuh manusia. Hati bisa menguasai akal, hati juga bisa menjadi tapak semaian nafsu. Mendidik hati adalah prioriti agar hati bisa tunduk dan patuh kepada Pencipta alam dan Pemilik seluruh hati. Setelah mengekstrak sebahagian kitab karangan Ibnu Qayyim yang berjudul Al-Jawabul Kaafi li Man Sa’ala Anid Dawai’e as-Syafi, akhirnya Ustaz Ahmad Asri Lubis menghidangkan sebuah karya terjemahan berjudul Kesan Dosa Dalam Hidup.
        Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, dilahirkan di Damsyik, Syria tanggal 4 Februari 1292 dan meninggal pada 23 September 1350. Beliau adalah seorang imam ahli sunnah wal jamaah, intelektual dan ahli fikah yang hidup pada abad ke-13. Tersohor sebagai fuqaha’ bermazhab Hambali. Disamping itu, beliau turut terkenal sebagai salah seorang mufassirin, muhaddisin, hafiz al-Quran, pakar bahasa Arab, usuliyyin, mutakallimin, sekali gus seorang mujtahid.
        Buku yang mensasarkan tazkiyatun nafs menghimpunkan tajuk-tajuk menarik antaranya, Dosa Membutakan Mata Hati, Jatuhnya Martabat dan Kedudukan, Penyebab Berkurangnya Fungsi Akal, Terputus Ikatan Hamba dengan Allah, Dosa akan Mengkhianati Seseorang, Hilangnya Nikmat dan Turunnya Bala dan sisipan peribadi teladan Saidatina Nafisah binti al-Hasan bin Zaid.
        Pengarang membahaskan kesan dosa yang boleh merosakkan hati sekali gus membinasakan peribadi seorang muslim yang menakung sejumlah dosa dan maksiat. Manusia kurang waspada terhadap gejala yang merosakkan kesempurnaan hati. Justeru, pengarang terpanggil mendedahkan satu persatu wabak yang akan melanda sebuah wilayah yang terhimpun di lubuknya mutiara iman dan takwa. Rasionalnya, mesej ini adalah jelas. Setiap manusia dibekalkan sekeping hati yang muluk dan khalis. Ia harus dijaga, dirapi, dipantau dan tahan uji. Lantaran hati adalah ekspresi peribadi dan akal manusia.
        Segala tindak-tanduk menggambarkan rupa paras hati. Keikhlasan menekuni ibadah terhantar melalui kejernihan hati. Lantaran itu, jika manusia lalai, melazimi maksiat dan dosa, wilayah hati akan diserang wabak, peribadi manusia semakin bejat sehingga tergamak mencabar kudrat Allah sebagai Pencipta, melupakan berita datangnya kiamat dan melecehkan seruan nabi Muhammad SAW. Apa yang menarik, buku ini mendedahkan bahawa dosa menjadi penyebab berkurangnya fungsi dan kekuatan akal.
        Usah meremehkan dosa sekalipun kecil dari pengamatan manusia yang dangkal. Kerana dosa umpama debu yang bertebaran di udara. Ia bisa bergabung menjadi gunung yang agam, keras dan membatu. Setiap dosa yang dilakukan sama ada sedar mahupun tidak, hendaklah diiringi taubat nasuha sebelum hati menjadi keras dan sukar dilentur. Dapatkan segera naskhah anda di kedai-kedai buku berangkai, toko buku dan pengedar Anbakri Publika Sdn Bhd di seluruh Malaysia. Buku ini dilengkapi VCD eksklusif nasihat daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan dosa.

Karya: Ibnu Qayyim al-Jauziyah
Alih Bahasa:  Ustaz Ahmad Asri Lubis
Pandang Sisi oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
183 halaman
Harga SM: RM 23.00
          S/S: RM26.00